Monday, February 22, 2010

Jika anda ke Bandar Diraja Klang, pastikan anda merasai keenakan resepi masakan Asam Pedas Muar Johor. Ia terletak di Kampung Kuantan Klang, Ia terkenal dan disukai oleh penduduk di Lembah Klang. masakan Asam Pedas yang paling popular disini ialah asam pedas ikan dan daging tetel (daging berlemak). keunikan kedai Claypot Asam Pedas Andak, bercirikan suasana kampung dan didirikan diatas tanah yang berlatar belakangkan rumah kampung melayu yang berusia lebih dari seratus tahun.

Lokasi Claypot Asam Pedas Andak berdekatan Masjid Kampung Kuantan dan Pekan Klang. pemilik claypot asam pedas andak ialah En. Olie beliau adalah seorang anggota kumpulan muzik Heavy Machine yang telah mengusahakan perniagaan claypot asam pedas ini selama tujuh tahun.

Claypot Asam Pedas juga turut menyediakan masakan telur berlada yang tidak terdapat dimana-mana kecuali hanya di Kampung Kuantan Klang, berberapa masakan popular lain seperti, Sizzling Udang Petai, Sizzling Yee Mee, Tahu Bakar, Cucur Ikan Bilis dan pelbagai masakan lain yang enak.

Monday, January 25, 2010